Oh my Bahasa



Assalamualaikum dan HAI :)



Perhhh sekarang ni bahasa Wempiutzzz (digunakan oleh perosak bahasa Melayu)  menjadi-jadi gilak oh! Kadang-kadang terpikir jugak, aku rasa lagi susah guna guna wempiutzzz ni, banyak huruf kena tambah. Ingat comel lah guna macam tu? Ada sesetengah yang kata lagi senang, hmm? EH? *Pikir 20kali orang kata senang*.



*frust*


Perkataan yang selalu aku nampak ditranslate jadi bahasa rempit macam lah jadi lew, kah jadi kew, ni jadi nie,  kita jadi kitew, yang paling ketaraaaa sekali kau dua orang biasanya jadi korang tapi bila kasi rempit jadi kowunk....?




Aku rasa lagi baik buat short form. Macam 'ni', apasalah nye kalau tulis (N) + (I). Buat apa susah-susah pakai (ewww) kat belakang tu? Hyperactive ke apa? Haha :D. MEMENATKAN. Kadang-kadang naik meluat jugak tengok orang yang update kat facebook, pencicit (twitter), blog, formspring bebagai, nak je bagi feedback kat diorang balik "Tak boleh tulis elok-elok ke?".


Harap-harap takda yang tersentap :)


Danial J




Pesan Atok





Assalamualaikum dan HAI, 


Kita ni jenis orang yang ada prinsip, taklah maknanya sampai tak boleh gurau senda. Boleh sangat-sangat haihh. Kita takkan biar benda yang kita tengok tak betul jadi bila tengok dengan mata kepala sendiri. Tak makna dengar bulat-bulat, kita selidik dulu. Tak memBABI butalah :)
Lebih-lebih lagi kalau tengok orang tak kisah dengan halal dan haram ni. Rasanya bukan kita ja, orang lain pun macam tu jugak kot. Kalau orang selalu bagi nasihat  “berlapik”, tapi ada jugak kita kena terus-terang cakap, “Thats Bullshit”.

Kita tak boleh harap orang bahagiakan kita kecuali 'hambaNya sedar dia takut dengan azab Allah' bukan malu dengan kawan-kawan. Kena ingat Allah MAHA MELIHAT lagi maha mendengar umatNya.

Kita kena sabar dengan cabaran demi cabaran. Setiap dari kita akan kena uji. Dan Allah janji, 'dia takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu'. 

Harap-harap entri ni boleh lah jadi pesanan untuk sapa-sapa ja yang rasa diorang boleh dapat manfaat daripadanya. Berubahlah! Allah nak jemput kita bila-bila masa ja.

"Acapkali apabila kita berkata demikian, bukan tujuan mengambil tindakan menjauhkan diri dari orang tersebut. Mengingatkan kejalan kebaikan kerana Allah."

Terpulanglah, pilih jalan syurga atau neraka tempatnya. :)